Oldskool branding name but not a quality and performance...

Wednesday, May 19, 2010

1 - 4 May 2010 : Trip Ke Pelantar Minyak Cakerawala, Kelantan

Memang tak tidur lena kalau memikirkan nak join trip, apatah lagi menanjurkan trip pertama sejak berjinak-jinak di arena 'hanyir'. Semua yang diaturkan diharap dapat dibuat sebaik-baiknya untuk keselesaan semua pemancing yang mengikuti trip ini lebih-lebih lagi 60% peserta kali ini baru dikenali melalui kenalan dan forum.

Banyak juga kerenah pemancing ni rupanya, nak tak nak kena juga harung sebab perancangan asal sudah dibuat hampir 1 tahun lepas yang dicadangkan oleh Rahman (Matsah Tampin) bersama Badrul, sepupu yang banyak bagi tunjuk ajar gelanggang pancingan kolam air masin dan juga teman 'bergaduh' dan 'membebel' dalam trip ini.

Walaupun banyak dugaan dengan cabaran yang dihadapi kerana cadangan awal untuk 10 peserta tapi pada saat-saat akhir kekurangan 3 peserta kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tinggal 2 hari lagi sebelum kami bertolak, akhirnya dapat juga seorang peserta yg dikenali melalui forum Pancing.Net. Kita sebagai seorang pemancing seharusnya akur dengan keadaan sebegini kerana rezeki, takdir dan harapan bagaikan mainan yang harus ditangani secara rasional tanpa perlu beremosi. Forum-forum sebeginilah yang dapat membantu pemancing memartabatkan lagi arena pancingan tanahair mahupun dari segi informasi serta kenalan yang mungkin dapat menyelamatkan keadaan.

Perhentian pertama di R&R Gua Musang untuk sesi lurus kaki

Bertolak dari Kuala Lumpur pada 30 April 2010, hampir 12.30 malam ke Tumpat menaiki 3 kenderaan. Setibanya di pekan Pasir Mas, kami berkumpul di satu-satunya kedai pancing di kawasan ini (dalam keluaran Kembara Kail Bil 22), juga untuk bertemu dengan pengusaha bot yang agak terkenal di arena pancingan laut dalam, Yusri, bot Nilam Puspa, bahtera yang akan membawa kami ke alam pancingan yang diimpikan peserta trip kali ini.

Jeti berhampiran Pekan Tumpat yang tidak seberapa
(mungkin dapat dinaik taraf jika terdapat campur tangan pihak tertentu)


Nilam Puspa, antara bot memancing yang agak gah diperairan Kelantan
(lengkap dengan fish finder, GPS, rel keselamatan, tangki umpan hidup, tandas)

Yusri, pengusaha bot Nilam Puspa tetap sibuk memastikan
pelanggan pada tahap keselesaan maksimum


Setibanya kami dijeti yang bertempat berhampiran dengan pekan Tumpat, berlabuhnya bot, tidak sampai 5 minit peralatan selesai dipunggah ke dalam bot dek penaggan keterujaan melampau. Hehehe

Spot pertama kami di salah sebuah 'kandang' sotong bagi mendapatkan umpan hidup/segar untuk menjejaki pemangsa yang akan bakal tunduk di joran kami semua seperti yang diharapkan. Walaupun sotong agak kurang tetapi memadai dengan trip kami 4 hari 3 malam kali ini. Selepas tengah malam, barulah kami bertolak ke lapangan pertama kami di kapal karam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5-6 jam, jadi kami mencuri masa untuk zzzzz....

bersambung....

1 comment:

  1. Ermmm....

    Bila nak sambung artikel ni? Nak gak tahu hasil pancingan dlm trip ni...

    ReplyDelete